BAHAN-BAHAN
1) 25 BIJI PERIUK KERA
2) 1/2 KG BERAS PULUT
3) SANTAN (2 BIJI KELAPA)
4) GARAM SECUKUP RASA
CARA-CARA MEMBUAT
1) CUCI PERIUK KERA KEMUDIAN BIARKAN KERING
2) RENDAM BERAS PULUT KE DALAM SANTAN SELAMA 30 MINIT
3) MASUKKAN GARAM SECUKUP RASA KEDALAM RENDAMAN BERAS PULUT
4) DIDIHKAN AIR KUKUSAN
5) MASUKKAN BERAS PULUT SAHAJA YANG TELAH DIRENDAM DENGAN SANTAN TADI KE DALAM 3/4 PERIUK KERA KEMUDIAN ISI SANTAN SEHINGGA PENUH
6) SUSUN PERIUK KERA DALAM KUKUSAN DAN KUKUS SELAMA 45 MINIT SEHINGGA
MASAK
7) SEDIA UNTUK DIHIDANG BERSAMA RENDANG